Gambar milik blog Gerbang Tok Bali yang telah disunting oleh Utusan Malaysia dan seolah-olah menjadi milik Utusan Malaysia. |
TINDAKAN akhbar Utusan Malaysia mengambil gambar daripada laman blog Gerbang Tok Bali (GTB) ini dan disiarkan seolah-olah gambar itu milik mereka amat dikesali.
Melalui artikel Utusan Malaysia bertajuk "Peluang Pelaburan RM1 billion di Tok Bali" bertarikh 24 Februari 2015 telah menggunakan gambar yang disiarkan di laman blog GTB ini pada 18 Februari 2015 lepas melalui artikel yang ditulis sendiri oleh saya bertajuk "Pangkalan Bekalan Tok Bali sedia untuk beroperasi hujung Mac ini."
Gambar asal yang diterbitkan di laman ini mempunyai watermark sendiri tetapi pihak Utusan Malaysia telah membuat suntingan ke atas gambar tersebut dengan memasukkan pula watermark Utusan Malaysia pula.
Tindakan Utusan Malaysia dan wartawan terbabit yang bernama Azman Ibrahim seorang yang amat tidak beretika dengan menyiarkan gambar tersebut tanpa kebenaran bertulis atau memberikan kredit kepada laman blog ini.
Pihak kami tidak menghalalkan tindakan Utusan Malaysia ini dan ingatlah bahawa tindakan ini tidak beretika dan pastinya pendapatan yang diperoleh dengan cara begini tidak akan mendapat keberkatan. Di Akhirat nanti, tahulah nasib wartawan dan juga jurusunting gambar yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan