18 Februari 2015

Jalan Pintasan Pasir Puteh - Tok Bali djangka siap sepenuhnya pertengahan tahun ini

Kerja-kerja menyiapkan jambatan utama masih giat dijalankan.
TOK BALI: Jalan Pintasan Pasir Puteh - Tok Bali (Pasir Puteh - Tok Bali Bypass Road) merupakan projek jalan raya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006 - 2010) dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pertengahan tahun ini. 

Tinjauan penulis bersama Wan Hassan Wan Ibrahim, Penyelia DUN Semerak ke tapak projek baru-baru ini mendapati bahawa sebahagian seksyen jalan sudah siap dan hanya perlu mengecat garis atau pembahagi jalan dan kerja-kerja pemasangan palang besi keselamatan lebuh raya sahaja lagi.

Projek ini bermula dari Kg, Alor Pasir, Pasir Puteh melalui Gong Kulim dan berakhir di Bulatan Pelabuhan LKIM Tok Bali (Bulatan LKIM). Jalan pintasan ini sebenarnya bersambung dengan Jalan Kota Bharu - Pasir Puteh di Kg. Alor Pasir. 

Pembinaan jalan pintasan ini melibatkan pembinaan dua batang jambatan yang merentangi Terusan Semerak dan Sungai Semerak. Pembinaan jambatan utama merentangi Terusan Semerak sudah diperingkat akhir pembinaan, manakala jambatan kedua yang jauh lebih pendek yang merentangi anak Sungai Semerak masih di peringkat asas. 

Antara persimpangan utama di sepanjang jalan pintasan ini ialah Persimpangan Alor Pasir, Persimpangan Bukit Gedombak, Persimpangan Gong Kulim, dan Bulatan LKIM. 

Secara keseluruhannya, projek ini sudah 80 peratus siap dan hanya menunggu kerja-kerja pembinaan jambatan disiapkan serta kerja-kerja akhir lain sebelum ia dapat dibuka kepada pengguna jalan raya pertengahan tahun ini. 

Apabila siap kelak, ia akan dapat memendekkan perjalanan dari Kota Bharu ke Pelabuhan Tok Bali tanpa perlu lagi memasuki pusat bandar Pasir Puteh serta melalui jalan-jalan akses lain yang untuk sampai ke Tok Bali. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan