Hotel Arwana Inn Tok Bali di Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. |
ULASAN HOTEL: Ketika lawatan kerja penulis ke Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada 1 - 2 Februari lepas, penulis telah menginap di Hotel Arwana Inn Tok Bali yang terletak di tepi Terusan Semerak.
Hotel bertaraf dua bintang ini mempunyai tiga aras dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik persidangan, kopitiam, wifi, surau, dan sebagainya.
Penulis telah memilih bilik standard dengan bayaran RM100.00 yang ditempah lebih awal melalui laman sesawang www.agoda.com.my. Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik adalah sejadah, cerek, meja tulis, televisyen, air minuman, dan sebagainya.
Bilik standard yang cukup selasa dan mendamaikan. |
Penulis menikmati hidangan makan malan dan sarapan pagi di Kopitiam Tok Bali yang terletak di bawah bangunan hotel. Kopitiam ini menawarkan pelbagai jenis menu dari makanan tradisi tempatan sehinggalah makanan barat.
Untuk hidangan makan malam, penulis memesan mi udang Tok Bali. Jadi, selepas ini anda tidak perlu lagi ke Kuala Sepetang, Perak semata-mata untuk makan mi udang! Untuk sarapan pagi pada keesokan harinya pula, penulis memesan nasi lemak berserta ayam goreng sebelum mendaftar keluar (check-out) hotel pada jam 11:00.
Jadi, jika anda menginap di hotel ini anda tidak perlu risau untuk makan malam, sarapan pagi, makan tengah hari mahupun minum petang. Singgah sahaja di kopitiam ini.
Kopitiam Tok Bali yang terletak di bawah Hotel Arwana Inn Tok Bali yang bersih dan selesa. |
Secara keseluruhannya, penulis amat berpuas hati dengan kemudahan serta layanan anggota kerja hotel ini. Jika anda merancang untuk ke Tok Bali, hotel ini merupakan antara hotel terbaik di sini.
Untuk maklumat lanjut tentang hotel penginapan ini, sila layari laman sesawang www.arwanaperhentian.com.my atau anda boleh menjadi ahli bagi laman sesawang Facebook Arwana Inn Tok Bali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan