Fauzwi (kanan) dan Wan Hassan (dua, kiri) lihat pertunjukan muay thai sempena pembukaan gelanggang KMTAPTB. |
TOK BALI: Pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, pusat, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disarankan terus beri sokongan kepada pembangunan seni mempertahankan diri di Kelantan.
Setiausaha Persatuan Muay Thai Kelantan, Fauzwi Ismail berkata, Kelantan antara negeri giat mengembangkan seni mempertahankan diri yang perlu diberi perhatian.
Katanya, Muay Thai yang juga seni bela diri dari negara jiran berjaya dikembangkan di negeri ini sehingga melahirkan ramai penggiat atau ‘anak Muay’.
“Muay Thai kini sudah menjadi sukan antarabangsa dan Kelantan sebagai ‘kilang’ melahirkan ramai anak muay untuk negara.
“Anak-anak Muay ini perlu sentiasa mendapat dorongan agar mereka lebih bersemangat, demikian juga dengan kelab-kelab yang menggerakkannya,” katanya.
Menurutnya, anak muay di seluruh Kelantan perlu bersiap sedia menjalani latihan lebih serius bagi melayakkan mereka menyertai Kejohanan Antarabangsa Muay Thai Diraja yang dijangka diadakan di Kota Bharu, Oktober tahun ini.
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Muay Thai Anak Putera Tok Bali (KMTAPTB) berkata, seperti kejohanan yang diadakan pada 2012, ia menjanjikan lebih cabaran dengan penyertaan peserta terpilih daripada pelbagai negara.
Beliau berkata demikian pada Majlis Buka Gelanggang KMTAPTB yang membabitkan 50 pelatih, disempurnakan Penyelia DUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, di sini, malam kelmarin.
Wan Hassan selepas menyampaikan sumbangan peralatan muay thai berkata, gelanggang kelab tersebut akan dijadikan sebagai pusat atau kem bagi melahirkan bakat baharu muay Thai bagi DUN Semerak.
Katanya, anak muda DUN Semerak yang berminat boleh menyertai kem muay Thai itu, dengan latihan dikendalikan jurulatih tempatan, Shamsuddin Mohammad.
“Saya bangga kerana masih ramai guru sanggup melatih anak tempatan dalam seni bela diri, perkongsian ilmu ini membolehkan aktiviti itu dikekalkan.
“Kerajaan negeri akan sentiasa membantu serta beri dorongan supaya ia dapat dipertahankan selain buka lebih peluang kepada anak muda menyertai aktiviti sihat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 25 Mac 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan