BENTONG: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion akan membuka peluang kepada syarikat tempatan yang berkelayakan untuk menyertai pakej tender bagi kerja-kerja infrastruktur mulai April ini.
Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, tender tersebut akan dikeluarkan oleh China Communications Contruction Company (CCCC) secara berperingkat-peringkat.
Katanya, sebanyak 30 peratus daripada tender berkenaan akan diperuntukkan kepada syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai keupayaan untuk terlibat dalam projek berimpak tinggi itu.
“Setakat ini, kami tidak mempunyai nilai yang spesifik bagi pakej tender ini tetapi cukup saya katakan, ia bernilai berbilion-bilion ringgit. Tender ini bagaimanapun tidak termasuk kerja-kerja terowong dan sistem. Ini kerana seperti yang kita tahu kerja-kerja pembinaan rel melibatkan dua fokus utama iaitu infrastruktur dan sistem dengan nisbah 60:40.
“Sebahagian iaitu 30 peratus daripada kerja-kerja infrastruktur inilah yang kita akan berikan kepada syarikat tempatan yang layak. Sekalipun melibatkan kerja-kerja terowong, CCCC tidak boleh melakukannya secara bersendirian kerana kerajaan menetapkan syarat kerja-kerja letupan (blasting) terowong perlu melibatkan syarikat tempatan.
“Ini kerana kerajaan tidak membenarkan syarikat asing untuk terlibat dalam kerja-kerja letupan terowong ini. Bagi kerja-kerja pembinaan terowong pula, ada yang melibatkan penggunaan Mesin Pengorek Terowong (TBM) dan ada yang menggunakan kaedah gerudi dan letupkan,” katanya kepada media ketika lawatan ke tapak projek ECRL di sini hari ini.
MRL, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan adalah pemilik projek dan pemilik aset ECRL, manakala CCCC, syarikat milik kerajaan China bertanggungjawab sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan.
Pembinaan ECRL sejauh 688 kilometer akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Lembah Klang Raya sekali gus mengurangkan waktu perjalanan kepada empat jam dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak, Selangor.
Kerja-kerja trek dijangka siap pada Jun 2022 bagi membolehkan projek tersebut beroperasi menjelang pertengahan 2024.
Secara keseluruhan, ECRL mempunyai 45 terowong sepanjang 49 kilometer bagi keseluruhan jajaran termasuk Terowong Genting berkembar sepanjang 16.375 kilometer dari Bentong ke Gombak yang apabila siap akan muncul terowong rel terpanjang di Malaysia.
Setakat ini, projek ECRL sedang menjalani kerja-kerja permulaan termasuk ujian tanah, kerja-kerja asas, pembinaan kem-kem induk, pembinaan kem-kem satelit dan laluan masuk ke kawasan pembinaan.
Menurut Noor Azlan, apabila projek tersebut memasuki waktu puncak pada suku ketiga tahun depan, ia memerlukan tenaga kerja antara 18,000 hingga 20,000 orang.
“Daripada jumlah pekerja ini, 30 peratus terdiri daripada pekerja China dan negara-negara lain manakala 70 peratus untuk pekerja tempatan,” katanya.
Mengenai pembinaan Terowong Genting, beliau berkata, ia berukuran diameter sembilan meter dengan radius 4.5 meter akan digerudi menggunakan dua unit TBM.
Katanya, mesin tersebut yang dibawa dari China akan tiba di Pelabuhan Klang pada November ini dengan kerja-kerja penggerudian bermula pada suku pertama 2019.
“Apa yang menarik mengenai pembinaan terowong ini adalah cabaran untuk membawa mesin tersebut melalui lebuh raya disebabkan saiznya yang besar kerana apa-apa sahaja yang berukuran lebih lima meter tidak boleh melalui mana-mana plaza tol.
“Untuk membawa mesin ini sahaja kita perlu meneliti laluan yang betul dan mula berbincang dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya. Ini membolehkan kita mendapat beberapa nasihat dan pandangan supaya mesin ini boleh dibawa di lebuh raya termasuk kemungkinan membuka beberapa plaza tol,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Bisnes | 22 Februari 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan